Bapa Ini Tidak Pernah Mengakui Benjy Sebagai Anak Kandungnya…Kenali Beliau…

Siapa Sebenarnya Bapa Pelakon Yang Enggan Mengaku Anak? Satu persoalan menarik timbul setelah sebuah blog memaparkan entry yang bertajuk “Calun PKR tak peduli artis yang dibunting dan anak”

Menurut blog tersebut, si pelakon itu sangat bernasib malang kerana telah melahirkan seorang anak lelaki yang dianggap tidak berayah kerana sikap ayahnya yang enggan bertangungjawab. 

Turut dikatakan, pelakon malang itu bukan saja berhempas pulas berlakon mencari nafkah untuk membesarkan anak-anak, malah tidak cukup dengan berlakon beliau turut melakukan perniagaan runcit. 
Continue reading

Tali Gantung Tunggu Benjy

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.
Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.
Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”
“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.
Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin

Misteri Aneh Melanda Andai Bahtera Nabi Nuh Di Puncak Gunung Ararat Di Rakam.Mengapa?

Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey…….. tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun……..

Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar sama…….

Sedang orang2 Islam dudk berpeluh tubuh,langsung tak ambil tahu tentang The Great Noah Ark itu,pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.

Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar~top secret’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2’ penting yg lain di Pentagon.


Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl > yg bermaksud
‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat….

Namun,hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sahingga ke hari ini, Cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana.Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.

Hanya semata2 kerana gambar tersebut.

Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri….

Soalnya sekarang,mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera..??

Mengapa..??

Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu..??Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark…??

Memang tak salah kalau korang tak caya..[aku sendiri pun pada mulanya..] kalau dikatakan The Great Noah Ark memang benar2 berada di puncak Mt.Ararat itu.Maklumlah kita semua nih,dikawal oleh media milik ‘Yahudi’.

By the way~ Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum ijumpai,kerana selama itu orang menafikannya..

Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun…dan selama 5000 thn itu jugalah isteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar…!!!

Sebenarnya,zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan.


Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke hadapan.Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu.

Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun,para Pengkaji dan Saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam.[..hari ini kita menggunakan karban & zink,bateri purba menggunakan tembaga
dan besi..namun begitu ianya tetap boleh berfungsi dgn baik..]

Ishh,kalau nak diikutkan kehebatan orang2 zaman dulu,sungguh banyak, Contohnya orang2 Minoan di Crete Island meninggalkan kesan pembinaan tokong yg menunjukkan betapa majunya keupayaan arkitek mereka.Mereka menggunakan batu susunan dalaman dan sistem pengudaraan hawadingin semula jadi.

Baru2 ni di China,seorang mumia permpuan yg telah ditanam 2,100 dijumpai dengan badannya tidak jejas apa2.Apabila di x-ray,Saintist terperanjat dan ada yg garu kepala..mana tidaknya,makanan terakhir di dalam ususnya pun masih
lagi tidak musnah.Sekarang punya teknologi pun tak boley nak ‘awet’ barang sampai macam nih…

Orang2 Mayan mampu mengira tahun solar dengan tepat iaitu 365.2420 hari lebih tepat sebanyak 2/10.000 sehari..

Baiklah,mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C …

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenornya langsung tak sama dgn bentuk kapal laut yang ada hari ni..!!..kalau semua nak tau rupa bentuk “Noah Ark” sebenornya ialah ‘sebijik macam  kotak kasut…!!!’


Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu ..Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat.

“Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak wujud lagi di dunia nih.Ia diselaputi syelek,bebentuk ‘kotak kasut’..tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Utk pgthuan korang > cubit
itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan olh orang2 zaman dahulu.Rasenye kalau diambil 18 inchi bagi 1 cubit,bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola.Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi.

Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb,dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Dan saintist tak tahu berapa tan berat binatang yg berada kat dalam bahtera. Tapi,ini semua kiraan anggaran sahaja.
Kalau The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat ,dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar…???

Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini,bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak,Iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq.
Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey..ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu…

Sesetengah dari peninggalan sejarah itu telah dijumpai.Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan,Tunissia.Menurut pengkaji.. sauh tulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ mase nak landing kat puncak Mt.Ararat.

Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria.Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang…!!

Pada tahun 1917,Maharaja Russia > Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera/saintis/tentera.. ect dlm mencari dan menyelidik The Great Noah Ark itu.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ itu.

Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg boleh. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu adalah berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi..[..bahagian selebihnya tenggelam didalam salji..]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar,malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda… Perang Bolshevik Komunist – 1917 meletus.Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky.. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Berikut adalah catatan seorang Pendaki dan Pengkaji “Noah Ark” di Mount Ararat. Banyak sungguh halangan utk mencari The Great Noah Ark.

Saya dah daki banyak gunung lain di dunia dan saya dah daki Ararat nih sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak bagi tahu….”Mt.Ararat nih memang sebuah gunung yg meragut nyawa”.


Kalau dari sebelah selatan,Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu,dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil “Lurah Ahora”,terdapat dinding2 batu yg curam.Bahagian yg curam itu sememangnya sukar utk didaki.

Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa ‘banjir besar Noah” itu dulu.Puncaknya ditutupi dgn air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki.

Semasa glasiar itu bergerak turun,ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh. 

Memanjat dari arah air batu yg meluncur itu memng susah.Bermacam2 masalah akan timbul.Tanah runtuh,cuaca ganas,anjing srigala liar,beruang gunung beserta ular2 berbisa sering datang mengganggu.

Nantikan sambungan yang lebih menarik di bahagian kedua….

Pandangan Co Pilot Terhadap Pergunungan Alps,Tempat Tragedi Pesawat Germanwings Terhempas

PARIS – Pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz didakwa obses dengan pergunungan Alps Perancis, tempat sama pesawat Airbus A320 dipandunya terhempas pada Selasa lalu.

Lubitz (gambar kecil), 27, dilaporkan bercita-cita menjadi juruterbang sejak kecil lagi dan kerap menerbangkan peluncur udara bersama ibu bapanya di pergunungan tersebut, kira-kira 48 kilometer dari tapak nahas yang meragut nyawa kesemua 150 penumpang dan anak kapal Penerbangan 4U9525.
Dia turut mengambil bahagian dalam penerbangan yang melintasi pergunungan Alps ketika usia remajanya di samping menjalani kursus peluncur udara di kawasan tersebut. Lubitz mempunyai keghairahan tinggi untuk pergunungan itu dan sangat mengenali kawasan sekitar tapak nahas.
Ahli Kelab Sukan Luft Westerwald, Dieter Wagner, 70, memberitahu akhbar Le Parisien bahawa Lubitz menyertai kursus peluncur udara ketika berusia 14 tahun dan minatnya terhadap pergunungan itu sampai tahap obses.
“Dia menjalani kursus itu dengan anak saudara saya di lapangan terbang peluncur udara di bandar Sisteron tidak jauh dari tapak nahas. Saya yakin dia sangat mengenali kawasan tapak nahas kerana dia pernah terbang di situ menggunakan peluncur udara,” katanya.
Dakwaan dia obses dengan pergunungan Alps timbul selepas sebuah akhbar Jerman, The Rheinische Post melaporkan Lubitz sengaja menyebabkan kemalangan tersebut kerana bimbang akan hilang lesen penerbangan akibat masalah kesihatan mata.
Lubitz didakwa sengaja menjunamkan pesawat itu ke pergunungan Alps dan dikatakan kekal tenang sepanjang tempoh tersebut selepas mengunci juruterbang di luar kokpit. – Agensi

[EKSKLUSIF] Terlantar….Scha Tetap Setia Di Samping Awal

Tenghari tadi kita dikejutkan dengan berita Awal Ashari yang kemalangan berhampiran RnR Ayer Keroh ketika dalam perjalanan ke Stadium Hang Jebat.


Menurut Scha Al Yahya, suaminya itu kini di dalam stabil di Hospital Besar Melaka.

“Alhamdulillah awal dalam keadaan baik dan stabil. Tiada kecederaan teruk. Walaupun kereta dia rosak teruk, Tuhan masih melindunginya,” kata Scha yang diberi pelepasan oleh pengarah untuk melawat Awal di hospital.

Semoga Scha dan Awal tabah dalam mengharungi dugaan ini.

2015-03-29%2B21.20.09.png
2015-03-29%2B21.21.16.png
2015-03-29%2B21.20.45.png

Jangan Cakap Besar Bila Berada Di Banglo Ini Jika Tidak mahu Di Ganggu Lembaga Perempuan Berambut Panjang

KERJAYA sebagai jurupandu pelancong sememangnya cukup menyeronokkan, apatah lagi kerja itu dilakukan di kampung halaman sendiri yang terletak di Bukit Fraser, Raub, Pahang.

Kerja membawa pelancong dengan mempunyai 1,001 macam perangai, disifatkan asam garam sebagai jurupandu pelancong bagi memberikan perkhidmatan terbaik.

Siva (bukan nama sebenar) yang lahir dan membesar di tanah tinggi yang dikelilingi bukit bukau dan hutan tebal boleh dikatakan tahu selok-belok bukit dengan ketinggian 1,280 meter itu.

Beliau mula menceburi sektor pelancongan secara suka-suka kerana minat terhadap flora dan fauna yang ada di bukit yang diberi jolokan Little England itu. Hari ini, minat itu menjadi pekerjaan tetapnya.

Tidak hairanlah, ketika membawa pelancong ke sana sini tanpa mengira siang malam, pelbagai kisah aneh dan seram mengganggu tidurnya.

Kisah yang tidak dapat dilupakannya berlaku di rumah banglo dua tingkat. Ketika itu beliau diminta seorang produser sebuah syarikat penerbitan yang mahu melakukan penggambaran filem seram di banglo terbabit.

Banglo berwarna putih yang ditinggalkan sejak beberapa tahun lepas kerap bertukar pemilik susulan tidak tahan dengan gangguan makhluk halus yang muncul di serata pelosok sudut bilik.
                                       Jalan ke Bukit Fraser Hill

Gangguan wanita berambut panjang dan suara kanak-kanak menangis sepanjang malam boleh didengari selepas jam 12 tengah malam.

Siva memenuhi permintaan produser terbabit yang mahu penggambaran dilakukan pada waktu malam dengan menunjukkan kawasan banglo yang ketika itu kelihatan usang dan ditumbuhi semak samun kerana ditinggalkan terlalu lama oleh pemiliknya.

Pada pagi itu, beberapa kru sibuk memasang peralatan penggambaran seperti landasan kamera dan lampu (sekadar menyebut beberapa peralatan) untuk aktiviti penggambaran pada sebelah malamnya.
Selepas selesai semuanya, kru terbabit dibenarkan pulang dan dijadualkan menyambung tugas sejurus selesai waktu Maghrib.
Seperti dijanjikan, Siva, produser, pelakon dan beberapa kru yang tiba di pekarangan banglo terbabit terkejut, apabila kelibat hitam bermata berwarna merah, seakan-akan pengawal peribadi berada di pintu masuk.

Muka lembaga terbabit yang gelap dilitupi rambut, seakan-akan tidak membenarkan mereka melakukan aktiviti di banglo itu.

“Sejurus nampak dua lembaga terbabit, kami semua lari lintang-pukang dan semua peralatan penggambaran ditinggalkan di dalam banglo terbabit diambil semula pada keesokan harinya.
“Pesan saya, sentiasa beringat sama ada berada di hutan, laut atau bangunan.

Jangan cakap besar dan hormat-menghormati sesama makhluk kerana ada alam lain di sekeliling kita,” kata Siva mengakhiri perbualan.

Lagi Foto Terkini Awal Ashaari Terlantar Di Tepi Lebuhraya Kerana Kemalangan

Berita penuh kemalangan yang melibatkan pelakon dan pengacara terkenal, Awal Asahaari.

KUALA LUMPUR: Kereta BMW 6 Series yang dipandu teman Awal Ashaari, Izuan Mokhtar rosak teruk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.
Kejadian itu dimaklumkan wartawan Melodi TV3, Zuan Azmi kepada BH Online. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka.

Awal dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri. Suami kepada Scha Alyahya itu dikejar ke Hospital Besar Melaka.
Izuan yang dihubungi memberitahu kereta itu rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan.
“Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas,” kata Izuan

Anda Di Larang Kongsi Gambar Kenduri Anak PM Di laman Sosial,Jika Tidak……..

Majlis kenduri anak Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib berjalan dengan lancar malam tadi bagaimanapun mempelai itu tidak membenarkan tetamu yang hadir berkongsi gambar dan video majlis itu di sosial media.


‘Larangan’ mempelai itu tersebar di sosial media apabila seorang tetamu dan juga personaliti televisyen wanita Filipina, Kris Aquino berkongsi permintaan Nooryana itu melalui akaun Instagram malam tadi.

“Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama.

“Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain.

“Kerjasama dan keperihatinan anda sangat dihargai,” kandungan kad perkahwinan pasangan itu dipetik.


Sementara itu, Kris turut menulis di Instagram bahawa beliau menurut arahan untuk tidak berkongsi gambar dan video seperti yang diminta pasangan pengantin itu.

“Ini adalah permintaan khas (dari pengantin), untuk tidak muat naik (gambar dan video di sosial media) jadi walaupun semua tetamu yang telah hadir mengambil gambar tanpa henti, saya mentaati (arahan itu),” tulis Kris di Instagram.


Minggu lalu, Nooryana melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, seorang anak pembesar Kazakhstan.

Kenduri pasangan menjadi hangat apabila seramai 500 penyokong perhimpunan Kita Lawan berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Menara Berkembar KLCC bagi ‘meraikan’ majlis itu.

Niat penyokong itu terhenti di Jalan Ampang apabila pihak polis menghalang mereka untuk masuk ke KLCC.

Peserta turut menyanyikan lagu klasik ‘selamat pengantin baru’, membawa bunga manggar serta hantaran sebagai simbolik kepada majlis perkahwinan itu sebelum bersurai pada jam 7 malam.

Masih Ingatkah Lagi Pada Bayi Yang Selamat Dalam Tragedi Highland Towers Yang Runtuh 20 Tahun Lalu?

images%2B(1).jpg
“Saya teringin berjumpa ‘bayi’ itu. Saya nak tahu apa jadi dengan dia dan saya tak akan berhenti mencari dia.”
Itu luahan Tan Sri Mohamad Zaman Khan Rahim Khan kepada penulis ketika bertemunya.
Sudah lebih dua dekad, beliau ‘mengenali’ bayi itu, tetapi pertemuan mereka hanya sebentar dan ketika kanak-kanak itu belum mampu mengingati banyak perkara dalam hidupnya.
Sudah hampir 21 tahun tragedi kondominium Highland Towers runtuh berlalu, namun tidak ada satu detik pun kenangan itu yang lupus daripada ingatannya. Tambahan pula, beliau antara individu yang menyelamatkan ‘bayi’ berkenaan, Nur Hamidah Najib, 18 bulan dan ibunya, Umi Rashidah Khoruman, 22, dalam insiden malang yang mengorbankan 48 nyawa.
“Saya memang menyimpan impian untuk berjumpa dengan bayi yang kami selamatkan kira-kira 20 tahun lalu. Bayi berkenaan warga Indonesia. Justeru, saya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak kedutaan untuk berjumpa dengan bayi berkenaan, mungkin dia kini sudah berusia awal 20-an.
“Saya pernah terbaca, emak bayi berkenaan berada di Indonesia. Saya akan teruskan usaha mencari bayi berkenaan. Mungkin pada usianya hari ini, remaja itu sudah berkahwin. Saya hendak tahu bagaimana keadaannya sekarang.” katanya.
Mungkin ramai yang sudah tahu, Zaman Khan adalah antara pegawai kanan polis terawal tiba di lokasi kejadian. Mungkin ramai juga yang mengingati ‘babak’ Zaman Khan berdiri di atas runtuhan dan mendukung seorang bayi, seorang daripada hanya dua mangsa yang berjaya diselamatkan dalam tragedi 11 Disember 1993, yang menyayat hati itu.
Mengimbau saat itu, Zaman Khan yang ketika itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), dipanggil ke lokasi kejadian. Maklumat awal yang diterima, pokok jatuh atas bangunan.
“Saya terfikir, kenapa beritahu saya perkara ini? Bagaimanapun, sebagai anggota polis, kami bertanggungjawab menyelamatkan harta benda dan nyawa.
“Ketika itu, baru saya dimaklumkan, kondominium runtuh dan ramai yang mati. Sampai di tempat kejadian, sudah ada pasukan penyelamat yang mencari mangsa yang masih hidup.
“Saya pun berjalan di atas bangunan yang runtuh, terdengar suara orang minta tolong, tapi orangnya tak nampak, namun suaranya makin kuat. Apabila timbunan kayu dan batu dialihkan baru kami nampak seorang bayi bersama ibunya. Anggota bomba yang tarik keluar bayi dan ibunya,” katanya.
Hari ini, apabila melalui kawasan Highlands Towers yang dipenuhi tumbuhan, beliau pasti berasa sayu.
“Sayu melihat keadaan Highlands Towers. Dua bangunan masih teguh berdiri. Penagih dadah jadikan bangunan itu untuk melepaskan gian. Bangunan itu tidak ada hantu. Ketika penggambaran Highlands Towers, saya terbabit sama.
“Saya tak pernah dengar orang kena usik dengan hantu. Hantu pun lari apabila penagih dadah menyorok di sana! Orang kita saja yang mudah percaya dengan benda mistik,” tambahnya.

Tragedi Highland Towers: Musa Dedah Bayi Yang Terselamat Ketika Itu

Keadaan struktur pangsapuri Highland Towers yang runtuh pada 1993. Pic: mstar Online

KETIKA tragedi petang Sabtu itu, dia sedang mandi manakala isterinya ada bersama dengan anak mereka.

 Tiba-tiba blok pangsapuri setinggi 12 tingkat itu bergegar. Dia menyerahkan anak perempuan mereka kepada pembantu rumah dan menyuruhnya untuk menyelamatkan diri. Pembantu rumah dan anak mereka nyaris gagal melepasi pintu keluar sebelum keseluruhan bangunan itu runtuh.

 Bagi Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam, tragedi itu sesuatu yang amat menyakitkan untuk diingati. Anak lelakinya, Carlos Rashid dan menantunya, Rosina Abu Bakar, terkorban dalam tragedi Higland Towers yang runtuh pada 1993.

 “Apabila saya terdengar berita itu, saya berada di Kota Tinggi (Johor) melawat penduduk kampung di sana. Saya bergegas balik. Salah seorang menantu lelaki saya dan pengawal peribadi ada bersama saya tetapi tiada siapa boleh menceritakan perkara sebenar.

 “Saya memandu pulang yang mengambil masa hampir tiga jam. Saya dapat merasakan sesuatu yang serius telah berlaku,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri berusia 79 tahun itu.

 “Apabila tiba di lokasi, saya hanya dapat melihat sisa runtuhan. Soalan pertama saya adalah: Dimana anak lelaki saya? “Tiada siapa dapat memberitahu saya bahawa dia masih hidup.

Apa yang mereka katakan, mereka masih lagi melakukan operasi mencari. Berita baik adalah cucu perempuan saya, Marisa, selamat. Mayat Carlos dan Rosina berjaya ditemui beberapa hari selepas tragedi 11 Disember itu yang meragut 48 nyawa.

 “Tiada kata-kata dapat mengambarkan perasaan saya. Saya masih ingat lagi bekas setiausaha saya berkata:’Saya tidak mahu anda melihat mayat mereka.”

 Dan Musa tahu lebih baik untuk mendengar kata-katanya.

 Di sebalik kesedihan itu, Musa kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

 “Saya perlu mengaku bahawa apabila sesuatu tragedi berlaku, satu perkara yang saya tahu pasti – walaupun berasa marah – ia adalah disebabkan kecuaian orang yang tidak bertanggungjawab. Saya juga terfikir mengenai wujudnya unsur rasuah dan pengabaian.

 “Perkara yang menyedihkan sepanjang 20 tahun adalah tiada apa yang berubah. Terdapat banyak tragedi serupa dan kita yakin semua pihak menyuarakan rasa kesal, marah dan berjanji perkara itu tidak berulang lagi .

“Semuanya hanya cakap-cakap kosong dan tiada apa dilakukan terutamanya dari segi perlaksanaan undang-undang, peraturan dan lebih penting, penguatkuasaan. “Selepas insiden itu, kita duduk bersama-sama dan bercakap mengenai masa depan Marisa. Pada mulanya, saya dan isteri menganggap adalah lebih baik Marisa tinggal bersama kami. 

Namun selepas setahun dapat menerima situasi ini dan sentiasa sibuk, kami memutuskan adalah lebih baik jika Marisa dijadikan anak angkat dan dijaga oleh anak perempuan saya, Rosana, yang baru saja berkahwin pada ketika itu,” kata Musa.

 Rosana adalah anak perempuan bongsu Musa, hasil perkahwinan pertamanya. “Rosana menjaga dan memberi pendidikan kepada Marisa seperti anaknya sendiri. Dia ada dua orang anak sendiri dan membesarkan mereka bertiga tanpa prejudis.

                                                                               Marisa kini berada di Britain

 Marisa kini berusia 20 tahun dan merupakan pelajar tahun dua jurusan psikologi di Universiti Sheffield, Britain. Bagaimanapun, dia hanya mengetahui perkara sebenar mengenai kedua-dua ibu bapanya beberapa tahun lalu.

 “Pada hari pertama setiap Hari Raya, adalah menjadi amalan kami untuk menziarahi kubur dimana anak lelaki dan menantu saya dikebumikan.

Apabila masa berlalu, kami mula menceritakan kepadanya bahawa itu adalah kubur ibu dan bapanya. Dia mendengar penjelasan kami dan dapat menerimanya.

 “Kini dia sudah memahami situasi itu sepenuhnya,” kata Musa yang juga Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia dan Pengerusi UmLand Bhd. 20 tahun berlalu, Musa masih sukar untuk melupakan tragedi hitam itu.

 “Saya masih ingat dijemput oleh Carlos ke pangsapuri mereka untuk makan tengah hari seminggu sebelum insiden itu.

Ia amat pelik, tetapi saya masih ingat, terlihat jentolak dari jarak jauh di atas bukit. Saya enggan terlalu memikirkannya tetapi ia masih meninggalkan kesan. Mengimbau kembali, ia boleh jadi simbolik: satu amaran sesuatu yang buruk akan berlaku,” katanya.

 Amat menyedihkan, saat itu adalah kali terakhir Musa bertemu anak lelakinya. Beliau kesal kerana tidak dapat meluangkan banyak masa bersama dengan anak sulungnya itu kerana begitu aktif dalam politik pada ketika itu.

 “Kini anak lelaki saya sudah tiada, dan saya ada seorang lagi anak lelaki dan seorang cucu perempuan. Saya cuba meluangkan masa bersama mereka. Saya bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang kedua,” katanya.

 Lee Mei Li, Shalini Ravindran dan Shaun Ho/ mstar Online